Pulut Kacau

Friday, November 7, 2008

Yuuhuu everybody..

Semalam Mus half day.. Ada kematian.. Tengahari terkocoh-kacah balik nak hadiri kematian kat rumah Mus.. Mak kawan Mus meninggal.. Sedih la.. Takpala.. Allah sayang dia kan.. Al-Fatihah..

Ok.. Hari ni Mus nak cerita pasai pulut kacau.. Sapa tak kenal pulut kacau? Hehe.. Soklan.. Ada yang kena lempang nanti.. Hiksss.. Sebabkan semalam half day maka petang lepas balik dari rumah kawan Mus tuh, terus siap-siap pi kacau pulut kat rumah kenduri.. Kenduri nya esok, Sabtu.. Semalam petang, Khamis depa buat kacau pulut ramai-ramai.. Best.. Sebelum tuh derang goreng bihun dulu.. Pas makan, kasik semua orang kenyang kan.. So baru mula kacau.. Perut lapar kang, tak boleh nak kacau-kacau pulut nih.. Eheh.. Masa mula tuh ada 2 orang makcik yang kacau then derang bergilir la.. Dalam 15 minit pas tuh Mus take over sampai habes masak.. Wah.. Penat.. Position Mus statik tapi position pengacau lagi satu adalah kacau berganti2 pas baton.. Haha.. Yerla.. Sian diaorang kan.. Orang lama kasik rest skit.. Mus ni muda lagi, kudrat kuat lagi.. So, Mus boleh je kacau sampai habes.. Lagi pun, Mus dah biasa kacau pulut ni seorang diri.. Tok Mus memang glamer bab-bab buat pulut kacau masa kenduri kawen orang.. Mus la kacau sorang-sorang atas dapur gas.. So, ok la.. No hal la yang ni.. Cuma letih berdiri je kot.. Berat ahhh nak kacau tuh.. Banyak..
First kita kena kacau air gula ngan santan tuh sampai pekat.. Sampai dia bertali-tali jadiknya.. Makna kata sampai pekat dan bergetah la.. Fuhhh.. Memang lap peluh tau.. Masa ni panas petang.. Panas dapur lagi.. Seb baik peluh tak masuk dalam kuali tuh.. Haha.. Ok.. Ok.. Tipu skit statement tuh.. Sori.. Sori.. Sebenarnya kacau cenggini api dia jauh, so takde la peluh merecik melampau bagai.. Cuma Mus tahan panas petang tuh je masa matahari nak terbenam tuh.. Lama juga dia nak pekat bagai.. Tapi sebab ramai-ramai kan, so tak terasa tau.. Mus suka makan ramai-ramai kenduri-kendara macam ni.. Mus boleh je lepak ngan makcik-makcik dengar derang merapu.. Mus tak pandai menyampuk, takat angguk gelak-gelak iakan apa yang derang cakap je.. Tapi best ok.. Mus suka je layan orang-orang lama ni.. Kuno agaknya Mus ni kan.. Haha.. Tak kisahla.. Asal Mus suka jer.. Ok.. Berbalik cerita pulut.. Pas dah habes kacau bertali-tali tuh jadiknya, maka kita masukkan pulut yang dah dikukus siap-siap tadik.. Masuk pulut, balikkan dia bagi sebati.. Kasik pekat then boleh angkatla masukkan dalam talam.. Nak masukkan pulut ni kena bagi air gula betul2 pekat dan bertali.. Sebabnya, bila kita masukkan pulut tadi air gula akan automatik cair balik sedikit.. So, pas sebati pulut dan pekat sikit, boleh angkat.. Letak daun pisang dalam talam, then masukkan pulut dalam talam.. Siap! Boleh makan dah..
Masa Mus sebuk duk kacau-kacau air gula tuh.. Terkena air gula panas skit kat jari.. Kan ker masa air gula nak pekat dia nanti jadik mendidih bunga.. Ala-ala glup glup glup bunyi macam kawah gunung berapi.. Ekekek.. Siap sound effect.. Terpercik ke jari.. Masa tgh panas tuh tak perasan lagi sakit.. Maybe sebab badan tengah panas kan.. Tapi pas siap dah tutup api kuali tuh.. Fuh.. Mendidih ok rasa jari.. Tengok-tengok baru perasan, Terpercik air gula pekat panas tuh.. Melembung la.. Tuh kat gambar ala-ala blur jer.. Hiksss.. Nak gak report tangan kena air gula panas.. Layan jer la..

Malam ni nanti Mus pi bungkus pulut kacau ni masuk plastik.. Malam ni juga ada aktiviti membesiang barang-barang yang nak masak esok siangnya.. Wah.. Meriah kan.. Best tau.. Mus suka kerja-kerja kat dapur macam ni.. Tatau kenapa.. Bestla.. Jom kawan-kawan.. Ramai-ramai kita membesiang.. Walalala..

10 comments:

HaniFadil said...

mus, membesiang tu apa? sama macam rewang kat johor ke?

Mrs. Fedex said...

Hani..
Rewang tuh apa? Mus tak tahu juga..
Membesiang ni ala2 gotong royong kupas bawang, potong daging, potong sayur semua..
Makan kata, gotong-roryong sediakan bahan nak masak untuk keesokan hari nak kenduri..

cikMilah said...

hi hi hi.. geli ati kakcik ngan komen asmahani dan jawapan Mus.
Ya la tu diknon-diknon. Lebihkurang la tu...
Sakan anak dara ni.. serba serbi boleh..seb baik dah ada orang...kalau tak boleh buat adik ipar.. he he he
( pst.. mr Fedex, jangan marah a.. lawak skit...)

Mrs. Fedex said...

Cik Milah..
Mus kan memang tak tahu rewang tuh apa.. Hikss..
Rewang tuh apa?
Membesiang tuh ala2 bahasa utara kan?
Explain pun dalam bahasa Mus..
Paham kan.. Janji paham tuh.. Hehe..

Ms Haslina said...

takziah kat kawan mus tu. i love pulut kacau tu.

Mrs. Fedex said...

haslina suka pulut kacau?
mus suka kacau ja..
makan kalu tak suka.. hiksss..

HaniFadil said...

haha, mus, rewang tu gotong royong nak kenduri laa , kan cik milah kan.. hehehe.. tapi, mmg tak pernah dengar term membesiang ni walaupun kampung den kek kodah nun.. huhuhu...

Mrs. Fedex said...

owh.. yer?
membesiang ni kira bahagian dapur la.. hahaha..
term "besiang" pernah dengar?
makna kata "kupas"..
karang cik milah ketawa kita lagi.. haha..

cikMilah said...

kalau tempat kakcik, kita pangge hari "besiang bawang" ( kerja org pompuan) Tapi bukan besiang bawang saja, semua bahan la halia,serai, ubi, basuh ayam, buat agar-agar...rebus telur utk bunga telur... segala mala.
Org lelaki " buat balai" - tapi mana ada balai kan la ni kan, pasang khemah la tu, susun kerusi, buat dapur tempat nak masak,
cuci pingan mangkuk dan segala perkakas kenduri esok..
Kiranya rewang tu, satu istilah utk besiang bawang dan buat balai.
Boleh kot lagu tu...hiks..
Ish.. lama nya tak join preparation kenduri kat kampung....

Mrs. Fedex said...

Owh.. Betui..
Lengkap penerangan Cik Milah..
Mus ni tatau nak explain..
Betui lagu mana Cik Milah cakap..