Nah.. Tengok gambar di atas sambil nyanyi lagu LEAVIN' by JESSE McCARTNEY.. Tuh.. Takdak kaitan kan? Tak baik Mus.. Hehe.. Sebenaqnya, niat utama nak wish semua readers 'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'.. Semoga di bulan yang baik dan mulia, Ramadhan ni.. Sempena syaitan semua kena kurung.. Dapatla kita khusyuk beribadat dan buat amal jariah sikit.. Semoga Ramadhan kali ni membawa cahaya untuk semua.. Aminnn.. Dalam sibuk-sibuk nak sambut merdeka, jangan kita lupa sambut bulan Ramadhan, bulan puasa.. Salam Ramadhan semua..
Selamat Hari Merdeka ke-51
Wednesday, August 27, 2008
Hari Merdeka (Independence Day) is a national day of Malaysia commemorating the independence of the Federation Of Malaya from British Colonial rule.. In a wider context, it is to celebrate the formation of Malaysia..
Posted by Mrs. Fedex at 8:00 AM 2 comments
Labels: Misc
Baju Kurung Kedah
Tuesday, August 26, 2008
Yes.. Finally.. Dah siap.. Baju Kurung Kedah sepupu Mus.. Mus amatur.. Tak berapa tera nak jahit yang berfesyen lagik.. Cuba-cuba sambil-sambil telek bagai.. Alhamdulillah.. Percubaan buat Kurung Kedah kain selisih berjaya.. Makin seronok rasa hati nak cuba-cuba fesyen yang lain lagik.. Ada kawan-kawan lelaki ofis yang tempah baju ala-ala Punjabi tuh.. Mus ni tak berapa pandai.. Tapi derang nak jugak suruh buat.. Takpa.. Mus cuba pelan-pelan.. Kena doa banyak-banyak.. Moga dimudahkan jalan.. Dah siap 2 pasang baju sepupu Mus.. Lega rasa.. Sekarang, on the way jahit baju anak-beranak sedondon yang hari tuh.. Untuk anak dia yang paling kecil pula.. Mus dah selesai potong kain semalam.. Hari ni boleh mula menjahit.. Alhamdulillah.. Ada rezeki sempena Aidilfitri ni sikit-sikit.. Pelan-pelan.. Dah tera nanti baru meroyan.. Ekekek..
Posted by Mrs. Fedex at 1:33 PM 0 comments
Labels: Baju Kurung
Tagged by Cik Seri
Monday, August 25, 2008
The ABC's of me :
A - Available or single? ~ Single but not available..
B - Best Friend?~ Walk beside me and be my best friend..
C - Cake or pie? ~ Chocolate cake..
D - Drink of choice? ~ H2O..
E - Essential item I use every day? ~ Hand phone cum camera..
F - Favorite color? ~ Pink..
G - Gummy Bears or Gummy Worms? ~ Gummy bears..
H - Hometown? ~ Penang forever..
I - Indulgence? ~ Ermmm.. Secret..
J - January or February? ~ January..
K - Kids and names? ~ Cannot see the future.. Ekekek..
M - Marriage date? ~ Soon.. Ahaksss..
N - Number of siblings? ~ Four..
O - Oranges or apples? ~ Apple..
P - Phobias or fears? ~ Fear to heights.. Rasa nak terjun ok..
Q - Favorite quote? ~ No pain.. No gain..
R - Reasons to smile? ~ No need a reason to smile.. Senyum itu sedekah..
S - Season? Summer.. (Say no to winter..)
T - Tag 3 or 4 people ~ 3 or 4? None!!! Wakakak..
U - Unknown fact about me? Unknown.. So, should be unknown forever.. Eheh..
V - Vegetable you don’t like? ~ Have to smell first so that can decide.. Ekekek..
W - Worst habit ~ Don't want to sleep even the eyes said so.. Fight!!!
X - X-Rays? ~ The head..
Y - Your favorite food? ~ McD..
Z - Zodiac sign? ~ Virgo..
Posted by Mrs. Fedex at 3:28 PM 0 comments
Labels: Misc
Baju Kurung Biru
Morning semua.. Wajib pakat-pakat Monday Blues.. Hehe.. Hari ni Mus mood happy happy Monday.. Happy sebab Mus dapat toy baru.. So, menjahit efisen je ha.. Excited katakan.. Nanti dah siap setting semua, Mus tunjukkan toy baru Mus yang diidamkan tuh.. Tak seberapa tapi cukupla nak memudahkan kerja menjahit Mus.. Hujung minggu lepas siap sepasang baju kurung lagi.. Baju kurung biru tapi kamera hp jadik kaler hijau.. Eheh.. Ni baju raya sepupu Mus.. Ada sepasang lagi kurung Kedah sepupu Mus yang sama.. Hampir siap.. Nanti di interpremkan.. First time juga Mus cuba buat kurung Kedah.. Alhamdulillah.. Berkat telek-menelek.. Berjaya.. Siap 2 pasang baju sepupu Mus ni, nak hantar then ambik baju Tok Mus pulak.. Hari tuh kain pasang Tok tertinggal kat rumah lama.. Nanti baru ambil.. Harap sempat Mus siapkan semua baju menjelang Aidilfitri nanti.. Diam tak diam, seminggu lagi dah nak masuk Ramadhan.. Happy rasa.. Selamat datang Ramadhan..
Posted by Mrs. Fedex at 9:20 AM 0 comments
Labels: Baju Kurung
Spread The Love Award
Friday, August 22, 2008
Nah.. Mus dapat satu lagik pulak award.. Spread The Love Award.. Kali ni dari Ahkak EJ.. Thanks eh Ahkak Ej..
Posted by Mrs. Fedex at 9:31 AM 0 comments
Labels: Misc
Lego @ Eyon
Thursday, August 21, 2008
Nah.. Hari ni Mus nak sajikan semua dengan santapan lego.. Haha.. Dakla.. Menaqnya ni permintaan Anak Udang Mak Mus.. Anak Udang merujuk kepada anak jagaan @ anak penghibur kesunyian Mak Mus.. Anak Udang yang bernama Khairul Zafri @ Eyon.. Dia sendiri yang membahasakan diri dia Eyon dari kecik lagik.. Rasanya dari umur dia 3/4 tahun rasanya.. Sekarang ni Eyon dah sekolah tadika, 6 tahun.. Tahun depan Mak Mus kesunyian la.. Eyon tahun depan dah sekolah darjah 1.. Tapi takpa, ada adik Eyon yang berumur 4 bulan tuh buat pengarang jantung Mak Mus.. Mak jaga adik Eyon juga sejak dari lepas pantang.. Saja mengisi kesunyian sorang-sorang kat rumah.. Masa Mus balik kerja, Mak Mus cakap la.. Eyon pesan.. Suruh ambil gambar lego dia.. Mak Mus dah susun elok-elok dalam box dia.. Jangan pecahkan katanya.. Katanya, "Angah kan suka sangat amek gambaq menda macam-macam.. Angah amek gambaq lego Eyon reka nih.. Jangan lupa.." Tuh.. Budak kecik.. Sakan na mengata kat Si Angah tuh.. Sapa tatau Si Angah tuh.. Haha.. So, buat melepaskan hajat Eyon.. Meh la Mus kongsi gambar ngan semua.. Imaginasi budak berumur 6 tahun.. Eyon siap explain, block lego tuh yang dia design apa dia.. So, Mus explain dari kiri ke kanan gambar yer.. Itik.. Naga.. Anjing.. Pokok.. Zirafah.. Robot.. Esok ni, Mus buka pc.. Andai Eyon nampak, happy la dia kan.. Anak-anak sekarang.. Imaginasi jauh.. Moga berkembang lagi akalnya.. Aminnn..
Posted by Mrs. Fedex at 8:00 AM 0 comments
Labels: Misc
Baby Cik Kema
Wednesday, August 20, 2008
Congrats tu Cik Kema.. Dah selamat melahirkan.. Mus tak tau apa-apa detail tentang Cik Kema.. Ni pun Cik Seri mms ke Mus malam tadik.. Dah tu, mms tergantung.. Takdak detail.. Nak reply, kredit due.. Hari ni pulak Cik Seri bercuti ke Cherating.. Sakan Cik Seri makan angin.. Jangan lupa fridge magnet Mus na, Cik Seri.. Apa pun, congrats to Cik Kema yang memang tetiap hari tak sabar duk tunggu baby dia lahir.. Congrats.. Happy for you..
Posted by Mrs. Fedex at 8:15 PM 0 comments
Labels: My Life
EJ's Diary
Selamat petang.. Mus baru balik makan tengahari.. Ha.. Jangan tak tau.. Hari ni Mus pi lunch.. Lunch bersama Ahkak Ej.. Mus jarang lunch, hari ni TERlunch.. Tuh.. Ayat.. Ni, baju duk ada bau-bau nasi ayam lagi ni.. Sampai macam tuh.. Makan dalam aircond kalu, wajib ada bau-bauan segala kan.. Secara tak rancang.. Hari ni opis Mus ramai cuti.. Depa pi semayang tokong gamaknya.. Sunyi.. Tuh yang TERlunch ngan Ahkak Ej.. Jumpa kat Nasi Ayam Nazir.. Dulu Nasi Ayam ni glamer kat Komtar.. La ni tutup dah sana katanya, buka kat Bayan Baru ni pulak.. Komtar kebanggaan Penang la ni dah jadik tempat perjumpaan warga asing.. Ekekek.. Opsss.. Melalut.. Berbalik tajuk.. Ahkak Ej ni betui la seperti di kata orang semua.. Very the voogie the vass.. Actually, Mus admire something pada Ahkak Ej.. Something yang tersirat.. Cannot tell what it is.. Really admire something from this women.. Biarla rahsia.. Wah.. Tak boleh jumpa andai tengok luarannya.. Mata halus Mus je nampak.. Wah.. Haha.. Thanks eh Ahkak Ej, belanja Mus nasi ayam.. Mus kan renek.. Ahkak Ej tinggi.. Hoho.. Mus kena langut tengok bila nak cakap.. Dahla bawak payung cinderella, kata tokei kedai.. Rendah payung tinggi.. Hoho.. Beza.. Dahla Ahkak Ej, kasut 3 inci ok.. Mus ni kasut grunge, mana ada inci nih.. Andai Mus pakai 3 inci pun, duk renek lagi tuh.. Tapi Mus tengok dah kasut kayu Ahkak Ej.. Lawa.. Sungguh.. Lawa giler kasut tuh na.. Nih.. Satgi majuk tuan kasut.. Tuan kasut pun lawa.. Sungguh.. Lawa..
Posted by Mrs. Fedex at 2:14 PM 6 comments
Labels: My Life
Sandwich Roll Lagik
Tuesday, August 19, 2008
Muahaha.. Eye teaser dia pagi hari.. Ni juadah minum petang Sabtu yang lepas.. Inti sardin dan hotdog.. Selamat menjamu mata.. Hehe.. Mus suka nak buat Sandwich Roll nih.. Sedap sangat.. Sesapa belum cuba, sila la cuba.. Sangat sedap.. Enjoy..
Posted by Mrs. Fedex at 11:50 AM 0 comments
Labels: Cooking
Udang
Monday, August 18, 2008
Muahaha.. Gelak buaya darat.. Dah lama tak gelak cenggini.. Pepagi ni, saja nak kasik semua juling-juling mata.. Pepagi sejuk-sejuk hujan ni saja nak kasik semua leleh-leleh ayaq lioq.. Sebelum ni Mus tak pernah tunjuk kan? Hasil tangkapan Abah Mus setiap kali ke laut.. So, hari ni nak tunjuk sikit.. Sikit ja.. Ekekek.. Ni 3 ekoq udang apa ntah nama dia, lupa.. Udang besaq.. Ada lagik hak yang udang sayur.. Kecik-kecik sket.. Nih baru je naik then kebetulan Mr. Fedex ada, rebus dekat dia.. Ha.. Mr. Fedex ala-ala meroyan a.k.a alergic bila tengok udang ngan ketam.. Sebelum tuh, ada orang dah makan ketam.. Sedap tak? Terlupa lak amek gambaq.. Lainkali Mus tunjuk apa Abah Mus selalu bawa balik dari laut.. Rebus kosong je, kopek letak sos thousand island.. Syahdu.. Muahaha..
Posted by Mrs. Fedex at 11:49 AM 2 comments
Labels: Cooking
Baju Melayu Johor Abah
Friday, August 15, 2008
Ermmm.. Dah siap sehelai lagi baju raya.. Hari tuh Baju Melayu Johor Achik, kali ni Baju Melayu Johor Abah pulak.. Kaler kain ni sama ngan baju kebaya Mak Mus.. Mak Mus nak pakai sedondon ngan Abah.. Kain kaler ala2 nak pink, kira adik-beradik merah la tuh.. Abah Mus tak kisah, dia on je.. Tapi dalam tak kisah tuh, macam-macam jugak bunyi na.. Haha.. Cerewet.. Turun la anak nan seorang ni pun cerewet.. Abah Mus try-try dah.. Ok.. Sedap katanya.. Suka.. So, lega la Mus dah.. Mus tak berapa la tera lagi kan menjahit ni semua.. Nama pun tak dak cikgu realiti, semua virtual je.. Main baca manual MYGFL ja ngan manual ehsan Cik Seri.. Bak kata pepatah, practise makes perfect.. Ekekek.. Baju raya depa semua dah siap.. Selesai.. Tinggai nak jahit baju raya Mr. Fedex saja.. Baju kebaya Mus sedondon ngan Mr. Fedex.. Ekekek.. Kang meletup tahun ni.. Tak rancang.. Tapi masa beli kain tuh, tetiba je beli kat Mus sekali.. Mus padankan ngan kain batik.. Suka.. Baju Mus tataula bila siap agaknya kan.. Doa-doa siap awalla.. Mus duk berangan pas raya ni nak pi kelas buat kebaya.. Ada sapa2 dak tatau nak amek Mus buat anak murid.. Hehe.. Sekarang tengah gigih siapkan baju kurung orang tempah.. Dah tu, duk kalut pulun buat sample kueh raya.. Dah ada yang menjegah ke rumah mintak sample.. Baru ingat nak slow-slow tahun ni.. Tak boleh jugak.. Rezeki kan.. Rembat dengan syukur yer.. Amin..
Posted by Mrs. Fedex at 11:45 AM 2 comments
Labels: Baju Melayu
Instant Puff & Picnic
Wednesday, August 13, 2008
Yer.. Yer.. Sapa kenal Kami berdua, ni la kejanya.. Hehe.. Picnic di hujung minggu, hari Ahad yang lepas.. Sesambil makan, borak-borak, gosip-gosip apa yang patut, cerita-ceriti planning apa yang patut, gelak-gelak, nganga-nganga, baring-baring tengok awan dan monyet, macam-macam.. Andai orang lain suka lepak jalan-jalan cuci mata kat shopping kompleks, Kami suka jalan-jalan makan angin kat tepi pantai, tepi padang.. Andai orang suka makan kat luar tempat glamer, Kami asyikla dengan homecook dishes, xpernah jemu.. Mari sama-sama kita tengok pemandangan laut yang luas terbentang nih.. Ada kepala TERinterprem pulak.. Hehe.. Aman damai kan? Rasa luas je pemandangan.. Rasa lapang sekejap dada dari sebuk-sebuk segala benda nak kena buat.. Kami berdua hampar tikar, duduk di sebelah sini.. Sebelah sana, ada ramai orang sedang memancing.. Sebelah orang memancing sana ada ramai orang picnic mandi-manda bagai.. Later sebelah Kami, ada sekumpulan adik-beradik datang memancing serta mandi-mandi.. Kami cuci mata sambil gosip-gosip saja.. Yer.. Yer.. Si Puteri Lilin kononnya tak boleh kena panas, karang sakit kepala.. Haha.. Ngada-ngada melampau.. Jadik, harusla duduk lepak-lepak bawah pokok tengok gelagat orang.. Bekalan yang dibawa, dah tentu-tentu Si Instant Puff kegemaran Si Dia bersama setupperware air masak.. Adala suara-suara hint, katanya rindu Si Instant Puff.. Haha.. Sedap kan.. Nyum.. Nyum.. Instant Puff inti ubi serta hotdog.. Dah nama katanya rindu nak makan, jadik 8 biji untuk seorang diri makan.. Haha.. Cukup? Yang Si Puteri tolong tengok Si Dia makan saja.. Tengok Si Dia makan, dah cukup kenyang.. Beria-ia makan.. Dah habes makan, baru terdengar rungutan.. "Macam mana nak kurus lagu ni?".. Haha.. Bukan salah Si Tukang Masak eh.. Si Tukang Makan la yang salah kan? Haha.. Tak kurus pun takpa, Si Dia tetap di hati Si Puteri..
Posted by Mrs. Fedex at 8:32 AM 0 comments
Labels: Cooking
Sandwich Roll
Tuesday, August 12, 2008
Memandai ok Mus bagi nama.. Haha.. Asalnya nama dia "Sardin Gulung".. Mus tengok di blog Aleesa.. Menggoda betui nampak roti sandwich inti sardin goreng tuh.. Sesapa rasa terlior, nak try.. Leh la amek resepi di sana.. Mus buat ni tak ikut resepi yang ada di blog Aleesa.. Mus buat ikut sesedap hati dan perasaan Mus saja.. Ni ada 2 jenis, inti sardin dan hotdog.. Yang inti hotdog tuh, Aminah punya.. Dia saja yang suka makan hotdog ni.. Mus xberapa nak syior skit.. Tengok keadaan.. Sandwich Roll ni Mus buat hari Sabtu yang lepas.. Balik kenduri, sambil golek-golek dengan Mak Mus.. Tatau nak buat apa, terasa perut lapar.. Apa lagi, menggodek la.. Angin rajin ada sikit.. Ekekek.. Kebetulan pagi tuh kami bedua pi kedai frozen, ada beli serbuk roti.. Memang niat nak buat Sandwich Roll nih la.. Beli roti sandwich yang tinggi tuh, habes semua.. Tuh.. Bila dah pas goreng tuh, dia kaler ala-ala nugget.. Sebab serbuk roti Mus kaler oren punya.. Bau pun nak ala-ala nugget.. Teruja tau.. Sedap.. Rapuh dan garing.. Ermmm.. Nyum.. Nyum.. Rapat.. Pendek kata, memang sedap.. Sesapa terlioq, harus cuba.. Tak rugi cuba.. Sedap giler.. Haha..
Posted by Mrs. Fedex at 3:14 PM 0 comments
Labels: Cooking
Comot & Tam
Monday, August 11, 2008
Dah lama kan Mus tak letak gambar nyiau Mus.. Ni la yang tinggal.. 2 ekor anak Putih, Comot & Tam.. Sekarang ni Putih ngandung lagik.. Ekekek.. Mak Mus duk marah Putih sebab rajin tui dia ngandung.. Dah tengah sarat rasanya Putih, duk cari tempat nak lahirkan anak dia dah rasanya.. Ok, berbalik pada Comot & Tam.. Dulu kan Putih beranak 3 ekor kan, ingat tak? Sayang nya, Si Bolat tuh dah mati sebab kena gigit dengan binatang rasanya.. Sebab pagi nak makankan depa 3 ekoq, buka sangkaq tengok kaki dia dah bengkak.. Then kejap ja, Bolat ni dah senyap.. Aminah menagis sakan la.. Bolat ke Gemuk ke nama dia.. Mus tataula.. Ni semua Aminah punya kerja, Aminah yang punya jagaan.. Hehe.. Ni sekarang tinggai 2 ekoq budak-budak ni ja la.. Tengok depa buat apa.. Mak Mus dah tak kurung dalam sangkaq sebab dah besaq, so bagila depa tidoq kat luaq dah.. Tapikan, satu hari tuh depa 2 ekoq pi berak dalam bilik Mus.. Cesss.. Terus depa dah kena duk luaq.. Mak Mus tak bagi masuk.. Adala raga depa kat luaq bawah bumbung tuh.. Sebab takut kat Mak kan, depa 2 ekoq ni tidoq depan pintu atas alas kaki ni.. Suka tui depa tidoq kat sini.. Kita duk keluaq masuk depan pintu tuh depa buat tajheran aihhh.. Depa lena serupa tuh jugak.. Cuma Tam ja kalu malam kan sejuk, dia pi masuk dalam raga dia.. Tapi Comot ni tempat dia depan ni je la.. Takmo bergerak.. Haha.. Kadang tuh depa 2 ekoq duk intai-intai la nak masuk dalam, sekali Mak Mus sergah, lari lintang-pukang.. End up, duk depan tuh ja la.. Tak berani masuk.. Ekekek.. Kesian tengok.. Mak Mus geram sebab depa suka tarik wayar komputer Mus.. Dah nama budak kan, main ja kerja depa.. Atas kereta kita pun depa lompat golek bagai, sakan ok.. Tak lama depa ada adik la.. Haha..
Posted by Mrs. Fedex at 11:12 AM 0 comments
Labels: My Life
Resepi Puding Jagung
Saturday, August 9, 2008
Ok.. Hari ni Mus nak letak resepi puding jagung.. Ramaikan request untuk resepi ni.. So, pasni leh ramai-ramai cuba.. Nanti boleh tunjuk hasilnya.. Dijamin sedap.. Resepi ni Mus dapat daripada kakak receptionist di opis yang sebelum ni.. Kalu nak tau, ni la resepi Mus yang kedua masa hati Mus mula-mula terbuka hati nak masak-memasak.. Tetiba je.. Tatau macam mana boleh fikir nak masak-memasak.. Haha.. Sebelum tuh resepi pertama Mus cuba puding jagung juga tapi tak boleh potong, kena makan pakai camca sebab dia tak masukkan agar-agar, so dia lembik.. Pas sukses buat puding ni terus la mengembang kan bakat sampai sekarang.. So, bawah ni resepinya.. Selamat mencuba..
Bahan-bahan :
1 peket agar-agar
4 cawan air
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 cawan tepung castard
1 tin jagung (sweet corn)
Esen vanilla
Cara-cara :
1. Masak agar-agar bersama 4 cawan air.
2. Dah cair agar-agar tapiskan dan masukkan ke dalam periuk yg lain dan didihkan.
3. Campurkan gula, susu cair, custard yang dicairkan dengan susu cair, jagung serta esen vanilla.
4. Masukkan dalam loyang, biarkan habes wap dan baru masukkan dalam peti sejuk..
5. Dah sejuk dan keras, boleh la potong dan makan. Variasi untuk makan dengan aiskrim, kuah custard, coklat dan sebagainya.
Posted by Mrs. Fedex at 9:11 PM 4 comments
Labels: Cooking
Puding Buah Peach
Thursday, August 7, 2008
Dah kenyang dengan puding jagung, kita layan puding buah peach pulak.. Mus beli buah peach dalam tin buat nak letak kat hantaran kan. So, baki still ada banyak lagi.. Kebetulan, sengaja Mus beli agar-agar strip 2 bungkus.. Tak plan nak buat apa2, nak pakai satu ja untuk buat puding jagung.. So, pagi tu masa lepas assemble hantaran tuh Mus buat puding buah peach ni.. Andai kata tak buat puding ni, karang sayang pulak buah peach tuh.. Adik laki Mus kan takda, Mak saja yang suka makan buah ni.. Aminah tak layan buah cenggini.. Dia pelik-pelik tak layan.. Sementara tunggu Mak Mus habes basuh baju, Mus pun masakla agar-agar buat puding buah peach ni.. Takdak spesifik resepi.. Mus main suka hati agak-agak apa yang syiok and best ja.. Haha.. Pernah tengok kat satu blog depa susun buah peach cenggini then puding clear2 camni.. Apa lagi, idea merapu mai la kan.. Mus ada jugak buat yang letak dalam container ice cream sundae mc'd kecik-kecik tuh.. Tapi tak dan aih tangkap gambar, dah selesai.. Hehe.. Mus suka bila makan ice cream sundae mc'd tuh, basuh simpan container dia sebab nak guna buat puding-puding macam ni la.. Abes kutip yang kawan-kawan makan juga.. Haha.. Buat puding buah peach ni tak susah, sat ja.. Tak renyah.. Mus pernah gak tengok satu resepi tuh yang dia blend buah peach ni then tuang masuk sana.. Kaler dia kuning-kuning nak oren tuh.. Mus tak boleh buat macam tuh sebab Aminah ni tak berapa suka hak pelik-pelik.. Dia siap request suh buat agar-agar merah yang klasik tuh.. Haha.. Ada ka.. Tu la Aminah.. Tak macam adik laki Mus, Achik suka makan benda yang dia tak pernah makan.. Rasa itu, rasa ini.. Sebab tuh andai Achik ada, Mus seronok masak-masak sebab Mus suka masak ja, makannya tidak.. Haha.. Pas dah siap semua, masuk peti la.. Kasik sejuk dan keras.. Then pas balik dari market, baru Mus buka tuang atas pinggan.. Excited benaqnya nak tengok buah peach tuh kat atas.. Suka.. Mak Mus suka puding ni, sedap katanya rasa manis-manis buah.. Gambar yang atas nih pas Mus potong buh lam tupperware nak bagi Mr. Fedex.. Dia mai makan cucuq udang Mus buat petang tuh pas balik kerja.. So, ni tapaukan buat adik laki serta parents Mr. Fedex.. Sebelum tuh, Mus cairkan coklat masak then tuang kan atas tuh.. Mus tataula apa rasanya makan dengan coklat tuh.. Tapi Mr. Fedex kata dia suka.. Tataula Mus.. Tak dan aih, rapat.. Haha..
Posted by Mrs. Fedex at 8:24 AM 7 comments
Labels: Cooking
Brillante Weblog Premio - 2008
Tuesday, August 5, 2008
Mus dapat award lagik.. Musim award agaknya.. Haha.. Kali ni dari Cik Seri dan Cik Kema itewww.. Brillante Weblog Premio - 2008.. Bahasa apa gamaknya? Haha.. Terima kasih na Cik Seri.. Million-million thank you for the award.. So, here goes the rules..
Posted by Mrs. Fedex at 3:05 PM 0 comments
Labels: Misc
Puding Jagung Peach
Ahad lepas, kan Mus dah cakap sebelum tuh ada kenduri sarung cincin a.k.a kenduri bertunang anak jiran kan.. So, seperti biasa Mak Abah memang nanti suruh Mus buat satu hantaran bagi pada jiran.. Sebelum tuh kan, Mus ada buat hantaran yang Ngah Mus tempah.. So, kelam kabut sikit la.. Sebabnya kenduri bertunang ni derang bagi tahu sehari sebelum ja.. Mana le Mus nak menggagau semua barang-barang kan.. Otak bukan saja TERBEKU tapi terus BEKU.. Wakakak.. Takleh fikir ok.. Terus tenung Mak Mus tatau nak buat apa.. Then, teringat le kat puding jagung Mus yang glamer tuh.. Perasan lagik kan.. Haha.. Sebab sebelum ni punya kenduri, semua jenis and pesen hantaran Mus dah buat, so tak boleh nak buat benda yang sama.. Mak Mus suh la buat benda yang tak pernah buat serta tak pernah bagi pada sesapa lagi sebagai hantaran kat area rumah Mus tuh.. Sebab rumah dekat-dekat, semua tahu kan.. Fikir punya fikir, ni yang dapat idea buat puding jagung sebab nya sambil fikir sambil korek apa barang yang Mus ada dalam rumah kan.. Sesambil tuh, terkorek acuan lama Mak Mus yang zaman dulu-dulu.. Rupanya Mak Mus banyak acuan ooo.. Perak sat.. Terjumpa acuan besi bentuk love.. Tuh yang confirm buat puding jagung semata-mata nak try acuan.. Haha.. Boleh kan? Then balik kerja hari Jumaat tuh menapak la mencari barang bagai semua.. Suruh Mak pi tanya, depa buat kaler apa semua, katanya Coklat.. Aiseh.. Reben Mus takdak Coklat.. Kebetulan, hari Sabtu tanpa dirancang pi Carrefour nak cari mesin mee.. Mana tau, tetap tak dak.. Frust la.. So kena beli juga la yang harga RM40.00 something tuh.. Dah alang-alang, singgah kat AtuZ beli riben then balik.. Pas mandi bagai terus gedebuk-gedebak kat dapur buat puding bagai.. Dah siap lega.. Simpan peti.. Then baru buat riben dia semua tapi takleh assemble sebab kena buh puding lam kotak baru leh assemble.. So, esok pagi bangun awal-awal, assemble semua.. Buka puding dari acuan then hias dengan buah peach.. Mak Mus duk suka buah peach tuh.. Sedap katanya.. Bunga plastik tuh kiranya bunga terjun ok.. Tak sempat dah nak buat bunga apa bagai.. Teruk betui.. Tapi tengok-tengok balik kira sweet juga kan.. Hehe.. Puji diri sendiri na.. Sebelum jalan-jalan kat market, pi la hantar hantaran dulu.. Rupanya, anak dara duk tidoq lagi sebab baru balik kerja malam.. Haha.. Boleh pulak.. Orang kampung dah sakan duk masak-masak dah.. Mus pas balik market terus pi menyinting lengan.. Sampai petang tuh sambil riba gelas yang derang pinjam sebakul dari rumah Mus, nak bawa balik konon tapi tukang angkat dah tersandar kat pangkin.. Haha.. Hari Ahad tuh memang letih gila sampai terlali-lali sambil jalan.. Haha..
Posted by Mrs. Fedex at 8:53 AM 0 comments
Labels: Cooking
Baju Melayu Johor Achik
Monday, August 4, 2008
Hepi hepi mood.. Sebabnya untuk pertama kali dalam sejarah hidup.. Haha.. Statement melampau.. Pertama kali cubaan Mus buat Baju Melayu Johor.. Tak sangka berjaya juga setelah beberapa kali study dan tenung-menenung.. Mus kan tak pandai buat leher cekak musang, jadik Mus cuba buat leher baju kurung dulu.. Pas ni, InsyaAllah ada masa sikit mus telek lagi manual dan buat cekak musang.. Baju Melayu Johor adik lelaki Mus, Achik.. Perasan tak? Kain ni sama dengan kain baju kurung adik perempuan Mus.. Depa sedondon tahun ni.. Achik tak tahu yang baju raya dia dah siap.. Tahu kalu, seronok la dia.. Takla macam tahun lepas, esok sehari lagi nak raya, baru dia dapat cuti balik kampung nak sambut raya.. Sesampai di Penang, bawa buka puasa then terus menapak beli baju raya dia.. Masa tuh semua dah tinggai saki-baki ja.. Kaler yang dia nak semua takdak, kaler yang dia tak nak saja bersepah.. Tapi nak buat macam mana kan, harusla rembat jugak.. Tahun ni, dia nak pakai dengan kain pelikat.. Tatau apa mimpi, taknak pakai sepasang.. Nanti Mus beli kain pelikat yang match.. Nak pakai macam Abah Mus katanya.. Tatau apa mimpi dia tahun ni ntah.. Tahun lepas Mus beli baju melayu Achik sepasang mahai ok, RM75 sepasang.. Tapi tahun ni, kain untuk baju ni 2 meter after diskaun cuma RM10.00, upah jahit tepi RM2.oo, butang RM0.10.. Cuma RM12.10 saja.. Upahnya free la sebab Angah nya yang jahitkan.. Wah.. Wah.. Tahun ni Mus dapat berjimat, cuma tenaga saja yang perlu diguna banyak.. Tak kalu setiap tahun kena bayar upah untuk 2 pasang baju melayu, sepasang baju kurung, 2 pasang baju kebaya.. Mahal tuh.. Mencecah RM400.00 cuma dekat baju ni saja.. Tuh tak termasuk baju moden buat adik 2 orang dan mak abah.. Angahnya tak payah baju moden la.. Ada rezeki lain kali boleh beli tapi this year boleh beli ha.. Wah.. Wah.. Tinggai baju melayu Abah Mus saja yang belum siap.. Baju kebaya Mus harusla tempah, tak pandai kan menjahit lagi.. Berdoa, pas raya ni ada la mana-mana chegu nak ajar Mus ni.. Haha.. Berangan harus tinggi, kalau jatuh pun maybe tersangkut kat dahan kan.. Sakan tau.. Baju ni dah suruh Abah trykan.. Muat tak tengok.. Fuh.. Sejibik-sejebon seperti ukuran sample.. Kira pas Abah Mus kata.. Harusla kembang hati direndam air.. Haha.. Sejambak na kembang.. Ekekek.. Perasan! Untuk tatapan chegu virtual, Cik Seri.. Ni gambar setiap bahagian, leher, tekan tepi pesak dan poket baju melayu Mus, amacam? Chegu nak berguru tak ngan anak murid? Wah.. Perasan! Haha.. Syukur banyak-banyak.. Akhirnya, Mus berjaya buat.. Tak sangka.. Bila sesekali tengok, rasa tak sangka tuh Mus yang jahit.. Mesin tua warisan tok Mus tuh sangat berjasa.. Tua banyak jasa kan.. Ha.. Harus Mus sayang mesin tuh.. Syahdu.. Mesin warisan turun-temurun.. Sentimental value..
Posted by Mrs. Fedex at 9:18 AM 0 comments
Labels: Baju Melayu
OLDTOWN White Coffee
Friday, August 1, 2008
Walalalala.. Mood happy tahap tak tau nak habaq macam mana.. Haha.. Boleh? Lawak aih rasa.. Ni.. Punya lama teringin nak makan kat sini.. OLDTOWN White Coffee.. Selalu melepak di blog Kak Ej, meleleh ayaq lioq tengok mee kari dia.. Hari ni dengan sukacitanya telah melepak makan tengahari di sana bersama EP.. EP la ajak pi makan kat sana, tak kalu tak merasa lagi nak makan kat sana.. Kebetulan OLDTOWN ni baru buka di Bayan Baru, area Sunshine Square.. Dulu sini adalah pejabat Xerox.. Sekarang OLDTOWN amek alih jadik lawa kan.. Sangat terasa macam ada di Ipoh masa duk lam kedai nih.. Semua hiasan termasuk kerusi meja sangatla menampakkan macam zaman rumah Chinese dulu-dulu.. Hiasan dalam, environment best.. Kami makan di tingkat atas.. Mus rasa macam pi rumah orang Chinese.. Hehe.. Sebab kat atas tuh, Mus the only one Malay yang ada kat sana.. Lain semua Chinese.. Tingkat bawah baru ada Malay masa turun nak bayaq.. Kebetulan kan, lunch our hari Jumaat.. Kerajaan kan lunch 2 jam, orang kilang lagik, ramai sangat orang kat situh.. Glamer na OLDTOWN nih.. Mai Mus cerita apa Mus makan.. Dah pastila OLDTOWN Curry Mee yang glamer the voogies the vass.. EP pulak makan OLDTOWN Ipoh Chicken Hor Fun.. Ada cabai melaka, terangkat.. Makanan nya memang sedap.. Tak sesia ok beratur kat luar tuh nak amek seat.. Curry Mee tuh memang kow ahhh, tak pekat, tak cair, sangat cukup rasa dan semua.. Pendek kata berbaloi rasa dengan harga.. Ni kira pandangan Mus la.. EP pulak cakap koew tiew dia lembut dan rasa sup pun sedap.. Memang sedap.. Ni kira review orang yang dah lama teringin nak makan kan.. Kira semua sedap belaka na.. Haha..
Minuman pulak.. Mus tak suka makan then minum dengan air yang berperisa.. Mus suka minum air suam ja setiap kali makan.. Then EP complaint.. Dia kata apa glamer mai sini minum air suam.. Tryla coffee dia.. Asekla sedap sangat air suam EP kata.. Sakan complaint orang.. Melampau EP.. Mus tak berapa suka makan then minum air berperisa sebab satgi rasa mengah then perut penuh.. Tapi OLDTOWN punya pasai, Mus order OLDTOWN Enriched White Coffee (Gao).. Yang pasti memang kow gila-gila.. Sedap.. Pekat.. Melekat.. Syahdu ok minum air tuh.. Sedap gila na.. EP punya air yang sebelah kanan ni, dia pesan OLDTOWN "Cham" - Coffee Mix Tea.. Dia kata sedap, ada rasa tea ngan coffee.. Dah nama pun mix kan.. Sedap gila kata dia.. Semua kira gila-gila la.. Haha.. Review dari dua orang yang memang dah lama ok nak pi makan sana.. Semua nya kata gila, apa pun sedap gila.. Lawak.. Kami makan until licin.. Nampak? Licin na kuah semua.. Tuh makna kata sedap gila.. Haha.. Sapa-sapa teringin tu pi la makan.. Dijamin sedap.. EP kata, "Kita ni lapaq kot, tuh yang semua sedap".. Ekekek.. Rasanya tuh yang betui.. Lapaq.. Tapi sekarang dah puas.. Dah puas sebab dah merasa.. Lenkali nak pi makan nasik dia pulak.. Kak Ej, kita pi makan sana berdua pulak na.. Nak rasa yang ayam rendang apa tatau.. Syahdu ok tengok.. Sedappp.. Nyum.. Nyum..
Posted by Mrs. Fedex at 3:11 PM 2 comments
Labels: My Life