

Baju kurung
hijau nih Mus dah siap kan 2 hari lepas rasanya.. Kali ni baju
Shahera, adik
Mr. Fedex.. Kain hijau ni ala-ala
songket bunga tabur capnya.. Tapi kain baju ni tak berapa elok sebab dia cepat pecah.. Tapi mesti ramai orang pakai tahun ni kan.. Ala-ala
glamour kain ni Mus tengok.. Kat
Kamdar pun banyak juga.. Macam-macam kaler.. Ni first time Mus potong baju yang ada
kaki.. Masa tengah potong tuh berdoa bagai.. Bismillah jangan katala entah tak terkira.. Bukan apa, kerana kaki baju ni nak kena bagi sama kan, kang
tunggang-langgang tak cantik kan.. Akhirnya masa jahit, berjaya gak Mus dapat kan kaki baju tuh sebaris.. Fuh..
Berpeluh.. Haha.. Tu la,
amatur kan.. Yang pasti kena yakin baru berjaya.. Betui kan? Then, last sekali baru
memata lalat leher.. This time baru Mus betui..
Cik Seri, tengok tuh..
Mata lalat kan? Last time tuh Mus silap pusing, dia jadik
karipap bukan
mata lalat.. Secara tak langsung dah belajar dua jenis kemasan leher.. Haha.. Karipap dan mata lalat.. Baju kurung
Aminah dah siap juga semalam tapi nak hantar sulam dulu nanti baru
interprem.. Aminah dah syiok-syiok baju raya dia siap awal tahun nih.. Siap try-try bagai.. Budak-budak mesti excited kan.. Haha.. Mak budak pun
excited kalau baju baru kan? Kan? Kan?
0 comments:
Post a Comment