It's All About Alisha..
Thursday, January 2, 2014
Lepas setahun baru nak update.. Hari ni punya masa 5 minit untuk duduk merenung blog yang banyak kenangan ni.. Buka ja dashboard blog ni, dan-dan bergenang air mata.. Haha.. Sensentap sungguh Mus ni.. Banyak kenangan blog ni.. Hari ni nak upadate tentang Alisha.. Dalam 9 hari lagi akan genap 3 tahun anak kesayangan hamba ni.. Alisha lebih afdal saya gelar bff saya.. Seriously.. Dia memang teman gosip.. Pandai gosip ok.. Bolehla nak share apa-apa.. Dia boleh reply sesuai dengan situasi.. Hari ni hari pertama Alisha pergi educare.. Dari tahun lepas memang duk bernyanyi di telinga ni duk habaq kata nak pi skolah.. Baikla anak, ami mu ini tunaikan.. Janji tetap janji.. Hari ni Alisha bangun pagi-pagi tak payah gerak, nak pergi sekolah.. Disebabkan kindy hanya terima budak 4 tahun maka Alisha ami assign masuk educare dulu la.. Janji macam sekolah.. Dari pukul 7 sampai 1 tengahari.. Apa agak Alisha duk buat kat sana na? Rindu aih.. Mulut ni diam pulak dari pagi.. Haha.. Padan muka! Sat ambil dia boleh la kita dengaq dia bercerita, seronok tu.. Sat saja anak-anak ni membesar kan? Macam ni la gamak mak-mak kita dulu.. Macam-macam.. Memori.. Korang punya cerita? Mesti indah macam Mus juga kan? Hope esok masih berupdate lagi blog kesayangan ni.. Hopefully ok.. Hehe.. Until then.. Rindu korang semua..
Posted by Mrs. Fedex at 12:24 PM 0 comments
Labels: My Life
Simple RE
Thursday, February 21, 2013
Mus selalu suka tengok bila orang pandai buat RE.. Tetambah bila pergi blog Ibu yang suka buat RE style english.. Memang nice sangat.. Bila dah selalu tengok maka tangan ni pun gatai la na.. Teringin nak try.. Jarum lama dah ada.. Cuma tak kesampaian hajat saja.. Ni bila dah teringin sangat, pakat pi korek gobok hak mana ada.. Reben yang mana ada dlm simpanan.. Pakai yang mana ada saja dulu.. Jadi dak? First time buat.. Seronok walau ada rasa sakit jari sikit.. Ekekek.. Lepas ni rancak kepala otak ligat duk pikiaq nak buat pattern apa pulak.. Haha.. Saja na.. Takdak kerja, cari kerja.. Tapi kerja ni enjoy.. Cebisan ni dah selamat jadi sarung bantai busuk Alisha.. Terima kasih kat Ibu sebab sikit tunjuk ajar tu.. Menjadi gak walau tanpa bahan rujukan.. Alhamdulillah.. Ok la.. Nak pi jahit langsir bilik Alisha sat.. Till then, hugs everyone..
Posted by Mrs. Fedex at 10:59 PM 4 comments
Labels: Projects And WIPs
Made By MUS
Wednesday, February 13, 2013
As-Salam..
Kawan- kawan.. Mai support Mus beramai-ramai.. Jom like page business kecik Mus.. Made By MUS.. Something sweet for your mouth and passion.. Thanksssss.. Hugsssss..
Posted by Mrs. Fedex at 2:50 PM 0 comments
Labels: Misc
Jom Baking
Friday, February 8, 2013
Sedikit hebahan untuk warga Penang yang mana masuk keluaq atau terlintas kat blog Mus.. Berminat kalau sila call pada nombor tertera ok.. Jomla join beramai-ramai..
Posted by Mrs. Fedex at 12:05 AM 0 comments
Labels: Misc
Kusyen Bunga Cengkih
Wednesday, February 6, 2013
Posted by Mrs. Fedex at 8:00 AM 0 comments
Labels: Projects And WIPs
Kusyen Segi Empat Bintang
Tuesday, February 5, 2013
Today kita tak sembang-sembang lagi kan.. Today nak cerita pasai jahit-menjahit sikit.. Masa lepak-lepak menjahit kat rumah Hany, ternampak ada buku jahit kusyen kat rumah dia.. Saja belek-belek.. Hany pun duk kumpul habuk ja.. Ekekek.. Berkenan, minta pinjam.. Balik tu teruih try test.. Alhamdulillah.. Menjadi jugak.. Nama kusyen ni segi empat bintang.. Ramai nampak dulu jadi satu fenomena orang duk buat letak dalam kereta kan? Mau kena kaler lawa jugak.. Ada satu lagi pattern Mus try jugak.. Esok Mus posting.. Ok la.. Cukup takat hari ni.. Nak tepuk Alisha lena sat.. Hugsss everyone..
Posted by Mrs. Fedex at 4:15 PM 2 comments
Labels: Projects And WIPs
Tartlet
Monday, February 4, 2013
Semalam kita intro, hari ni berbalik pada normal.. Hehe.. Baking-baking dan crafting.. Setakat aktiviti sekarang ni, yang paling laris dan steady tengah duk buat setiap hari adalah tartlet ni.. Mus buat 4 jenis.. Egg tart, choc tart, cheese tart dan fruit tart.. Ada juga sikit-sikit hantaq pada mini market dan gerai-gerai kecil.. Alhamdulillah.. Setakat ni tak menghampakan.. Yang penting kita usaha kan? Selain-nya Allah akan tentukan bukan.. Kalau ada sesiapa yang order untuk kenduri kawen pulak Mus buat tart yang diameter besaq ni, lebih kurang 9.5 inch diameter, gambaq kat bawah ni.. Hias fresh fruit yang mana boleh senang dapart kat supermarket la.. Sekarang ramai orang suka kelainan.. Depa ganti dari potong kek jadi potong tart.. Hehe.. Best jugak bunyi kan? Lain dari yang lain.. Ok la.. Esok-esok Mus cerita lain aktiviti Mus lai ok.. Till then.. Hugsss..
Posted by Mrs. Fedex at 8:00 AM 0 comments
Labels: Cooking
Selamat Berjumpa Kembali
Sunday, February 3, 2013
As-Salam..
Posted by Mrs. Fedex at 2:38 PM 6 comments
Labels: My Life
Reversible Bag
Sunday, June 24, 2012
As-Salam..
Lama na tak cerita pasai reversible bag ni kan.. Bukan takdak cerita pasai dia tapi kan.. Tuan dia kan.. Haha.. You know I know.. Muahahah.. Gelak besaq skit.. Ni Mus tempek yang terbaru la.. Yang tak terbaru pun ada.. Ekekek.. Nanti kena korek gambaq.. Tapi this one latest order.. Flower brooch tu dari benang campoq2.. Dari China.. Syiok juga crochet pakai benang tu.. Nanti nak try benang-benang lain yang dah lama bertapa dalam gobok.. Ekekek.. Ok la.. Enough this time.. Until then.. Miss everyone.. Hugsss..
Posted by Mrs. Fedex at 8:00 AM 0 comments
Labels: Bag
Paus
Saturday, June 23, 2012
Posted by Mrs. Fedex at 8:00 AM 4 comments
Labels: Projects And WIPs
Blue ABC Quilt
Friday, June 22, 2012
Last time kita tengok pink ABC quilt.. This time Mus share dengan blue one.. Nice tak? Ada motif kereta border quilt ni.. Sesuai untuk budak lelaki.. Also handquilt.. Mus xda mesin yang sesuai untuk machine quilt.. Plus lebih selesa handquilt.. Walau ramai yang cakap renyah.. Tapi tu la.. Suka jugak.. Perlu kesabaran yang tinggi.. Sesuai untuk budak-budak nak membesar.. Sambil main-main, boleh baca ABC na.. Hehe.. After this akan ada lagi.. Tunggu ok.. Quit sebuk nowadays with all those order.. Berminat kalau boleh email Mus.. Do thanks to all yang jenguk blog ni.. Hugsss ketat-ketat everyone..
Posted by Mrs. Fedex at 10:00 AM 2 comments
Labels: Quilting
Teka & Menang
Tuesday, May 29, 2012
Masa Mus buka booth that day.. Ada la buat sikit peraduan suka-suka.. Teka & Menang.. Beli apa-apa barang, tak kisah apa harga pun, then berpeluang masuk Teka & Menang.. Kita teka sepeket butang.. Beraap isi dalam.. Mus pun tak kira berapa jumlah butang tu.. Sebab kalau dah tau brapa jumlah, jenuh bila orang tanya kita klue.. Haha.. Maka lepas abes booth baru Mus kira.. Jumlah adalah 869 biji.. Peneka palin hampir adalah Auntie yang jadi orang pertama customer kami.. Keh.. Keh.. Dengan tekaan 886 biji butang.. Auntie ni macam pakai ilmu.. Haha.. Hadiahnya adalah bebear shocking pink tu.. Maka, nanti Mus poskan ke rumah Auntie ya.. Tunggu.. Yang tak menang tu, nanti cuba lagi na.. Hehe.. Thanks to those yang support.. Hugsss to everyone..
Posted by Mrs. Fedex at 10:46 AM 4 comments
Labels: Misc
ABC Quilt
Monday, May 28, 2012
Dah habes cerita gegumi, kita masuk cerita quilt pulak.. Kali ni Mus buat quit ABC pulak.. Kaler pink.. Sesuai untuk gegirl.. ABC tu dari felt.. Jahit ke atas cotton yang dah potong-potong tu.. Scrap je semua tuh.. Then sambung-sambung, basting then quilt la.. Bind.. Siap! Ni memang 100% hand quilt.. Takde mesin nak mesin quilt semua.. Ekekek.. Quilt ni dah selamat jual pun.. Dapat another order quilt yang sama in boboy theme.. Sedang pikir nak buat kaler apa.. Mostly blue in colour la kan.. Ok.. Nanti kita ushar kain.. Until then.. Selamat cuci mata kengkawan.. Hugsss..
Posted by Mrs. Fedex at 8:00 AM 5 comments
Labels: Quilting
Up.. Up.. And Away..
Friday, May 25, 2012
Hari ni masih berlegar cerita gegumi.. Kali ni gumi pegang belon.. Terbang tinggi.. Sesuai buat buh dalam kereta yang ni.. Kalau selalu ikut blog Mus, mesti tau yang Mus pun ada seketui gegumi ni dalam kereta juga.. Sangat nice.. Benang dari Daiso.. Tebai dari benang biasa.. Happy looking.. Hugsss..
Posted by Mrs. Fedex at 8:00 AM 0 comments
Labels: Crochet
Gegumi Bebear
Thursday, May 24, 2012
As-Salam..
Another version bebear Pica-Pau in shocking pink and brown.. Both dah unavailable.. Thanks to the buyer.. Hugsss..
Posted by Mrs. Fedex at 8:00 AM 2 comments
Labels: Crochet
Bazaar
Wednesday, May 23, 2012
Posted by Mrs. Fedex at 11:59 AM 6 comments
Labels: Misc
Bebear Pica-Pau
Friday, May 4, 2012
Hari Jumaat todayyy.. Yessszzza.. Mau Jumaat syiok selalu ha.. Ekekek.. Hari ni kita tayang-tayang bebear Pica-Pau versi kecik.. Setelah mengkaji siang dan malam, akhirnya telah berjaya.. Versi betui dia lagi besaq.. Ni perkecik skit ja.. Mau besaq lenguh tgn nak crochet aih.. Niat nak buat berketui-ketui.. Nak buat jualan bazaar.. Tunggu ahhh semua orang Penang.. Niat besaq, tatau tercapai ka dak.. Hati mau kental.. Hehe.. Okla.. Have fun tomorrow ok.. Coti.. Have a great weekend ok.. Hugsss..
Posted by Mrs. Fedex at 10:56 AM 0 comments
Labels: Crochet
Customized Felt Romper - Alisha Is 1
Monday, April 23, 2012
Today we cerita pasal benda lama-lama.. Haha.. Today Alisha dah pun masuk setahun tiga bulan lebih dah.. Baru hari ni nak up pasal Mus buatkan customized felt romper untuk birthday party pertama Alisha.. Dah lama kan benda berlalu.. Ekekek.. Masa party Alisha, mus customized-kan romper dia then matchkan dengan tutu.. Also buat sendiri.. Masa that party, everything buat sendiri.. Gigih sangat.. Tatau pasaipa.. Hahaha.. Nanti Mus pilih-pilih seketui dua gambaq.. Mus sharekan dekat blog ni.. Tak dak orang nak tolong tangkap gambaq.. Tuan badan lak sebuk ke-hulu ke- hilir.. Nasebla yang mana ada.. Nanti kita pandai-pandai susun edit masuk album.. Buat kenangan.. Asal ada jugala kenangan sikit kan.. Ok la.. Until then.. Hugsss everyone..
Posted by Mrs. Fedex at 8:00 AM 0 comments
Labels: Felt Crafts
After 3 Years..
Saturday, April 21, 2012
After 3 years.. Mai kita pakat gelak guling-guling.. Exactly after 3 years, baru siap ini quilt.. Dah siap basting tergantung menutup rak Mus masa nak kenduri that previous year.. After 3 years, baru siap quilt dan bind.. Haha.. Apa nak jadi ha? Ish.. Ish.. Amek masa beberapa hari ja nak quilt dan bind.. Mekalau malas, bertahun-tahun pun tak siap yer.. Ekekeke.. Ok la.. After this, menunggu beberapa senarai quilt lagi.. Boleh percaya ker ni ha? Ekekek.. Will see ok.. Hopefully.. Hopefully masih berpegang pada kata-kata.. Muahahaha..
Posted by Mrs. Fedex at 8:00 AM 4 comments
Labels: Quilting
Customized Felt Pillow - Alisha
Friday, April 20, 2012
Lama tak menjenguk sini.. Dek kerana sekarang payah nak buka dah semua blog.. Kena tunggu memalam la baru nak menjenguk.. Itewww pun sempat menjenguk saja.. Takdan nak buat apa pun.. Hope this time betulla niat tu nak update blog secara teratur kembali.. Kah.. Kah.. Tak leh caya budak ni.. Ok.. Berbalik topik.. Selalu Mus jahit felt atas baju kan? This time atas sarung bantal pulak.. Nice tak? Try for Alisha first.. Mengheret merata makcik kecik tu.. Alisha memang suka semua sarung bantal dia.. Asal kalau nampak sarung bantal terlipat kat rak, sah dia amek then bagi ke kita suh tukarkan.. Pandai eh.. Anak.. Anak.. Anyone berminat nak sarung bantal camni, do contact me ok.. Mus buatkan siap sebijik bantal.. As seen on my blog and fb.. Hehe.. Until then.. Hugsss ketat-ketat everyone.. Sangat-sangat rindu semua..
Posted by Mrs. Fedex at 10:46 AM 0 comments
Labels: Customized Felt Pillow

.jpg)















