Jatuh Tangga

Friday, July 31, 2009

Salam kawan-kawan..

Lama ok tak menerjah ke sini.. Serius.. Sebuk.. Sebuk.. Sebuk.. Tak tipu.. Nak raya ni.. Plus nak mengotakan janji-janji yang dah dibuat lama dulu.. Pening.. Pening.. Tangan tak cukup.. Sapa ada tangan free? Bak sini nak pinjam.. Ekekek..

Mus baru mula kerja semalam.. Dari Jumaat last week, mc.. Yehaha.. Mus jatuh tangga ok.. Nasib baik jatuh pada anak tangga yang terakhir.. Kalu jatuh pada anak tangga yang atas, pengsan dah apa tergolek-golek.. Hiksss.. Masam mana boleh jatuh pun tatau la.. Mata letak kat lutut kalu sah tak jatuh.. Ni mata letak kat dahi la ni.. Hiahaha.. Mus takda apa.. Jangan risau.. Dah ok dah sekarang.. Kaki tergeliat skit.. Eh.. Tergeliat banyak.. Sampai masa jatuh tuh dengar bunyi, "Prakkk!!!" Naseb.. Naseb.. Sekarang dah boleh jalan lurus.. Tak boleh bengkokkan saja.. Bengkok kalu sakit.. Jalan macam robot skit.. Bengkak tamau surut lagi.. Macam ada bendalir di dalam la.. Nak kena bandage lagi.. Sebuk buat kerja, lupa sat kat kaki ni..

Kawan-kawan semua apa cerita? Mus rasa sunyi dah dunia siber Mus sekarang.. Semua banyak projek kot.. Rindunya zaman dulu.. Ermmm.. Andai kata masa boleh diputar.. Mus nak putar ke zaman kepo-kepo, excen-excen, gether-gether, conference ym, skype kepo-kepo semua.. Sekarang semua dah ada projek masing-masing rasanya.. Semoga semua kawan-kawan happy hendak-Nya.. Owh.. Baru teringat.. Di masa itu, "saya adalah seorang gadis.." Wakakak.. Perahsan! Sekarang tidak lagi.. Tapi, "saya adalah sangat happy.." Dunia baru.. Orang baru.. Family baru.. Aktiviti wajib baru saban minggu.. Semakin menyesuaikan diri.. Terima seadanya yang tertulis.. Alhamdulillah..

Inspiration Award

Thursday, July 16, 2009

Inspiration Award yang diberi oleh Imah.. Thanks a lot Imah..

Al-kisah.. OTWC..

Wednesday, July 15, 2009

Salam kawan-kawan..

Al-kisah OLDTOWN White Coffee yang digembar-gemburkan.. Suatu ketika dahulu..
Kini.. Sila baca di sini selanjutnya.. -->OTWC

Miahahahaha.. Kontroversi.. Kontroversi..

Akad Nikah - 5 Jun 2009

Thursday, July 9, 2009

Salam kawan-kawan..

Hehe.. Lama ok hibernate.. Yer.. Yer.. Urat baloq ok menjalar ke seluruh tubuh.. Baloq update blog.. Muahaha.. Gelak besaq skit siap tanduk-tanduk berselirat.. Ya la.. Ya la.. Hanimun tak habes-habes lagi.. Mr. Fedex punya pasai la ni.. Sila salahkan dia.. Hua.. Hua.. Hua.. Ok.. Ok.. Sori Mr. Fedex tersayanggggg.. Larikkkkksss.. Selamatkan diri.. Hiahaha..

Huh.. Merapu.. Ok.. Ok.. Mus nak interprem gambar masa akad nikah buat tontonan kawan-kawan yang tak dapat hadir ke kenduri Mus.. Selama 4 hari kenduri, hari akad nikah adalah hari yang paling best antara semua.. Gambar masa akad nikah semua sangat menarik.. Paling menarik antara semua.. Rasa suci bersih jer berpakaian putih.. Mus suka sangat.. Ni gambar dari kamera Shahera a.k.a adik Mr. Fedex.. Gambar dari dvd tak dapat nak interprem sebab komputer Mus ni cd jer.. Nak kena copy kat pc orang lain.. Haishhh.. Asal ada sikit buat lepas kempunan la yer.. Pakaian Mr. Fedex, baju melayu cekak musang adalah hasil jahitan dari tangan Mus sendiri.. Termasuk juga baju akad nikah Mus itu.. Juga hasil jahitan dari tangan Mus sendiri.. Cost saving strategy ok.. Hiahaha.. Kebaya Mus tuh dipadan dengan kerongsang kebaya 3 serangkai kaler pink.. Macam tak nampak pulak kat gambar tuh.. Biasala.. Mus kan suka benda yang minimal.. Less is more.. Mr. Fedex dipadankan dengan sampin, songkok berkerongsang serta ber-capar sedondon.. Segak bergaya tak? Wahaha.. Perahsan! Ok.. Ok.. Stop.. Merapu dah.. Gambar di bawah pula adalah hasil gabungan dua kumpulan adik-beradik.. Ok tak? 3 pasang.. Umur lebih kurang sebaya semua.. Planning mau cantik.. Nak tips? Sila tanya pada Mak & Abah Mus serta pada Mak & Daddy Mr. Fedex.. Kalu Daddy baca ni, pengsan Mus.. Daddy rajin skodeng sini rasanya.. Oppsss.. Lari dulu na kawan-kawan.. Muahahaha..

Benarkah Wanita Mencapai Klimaks Bahagia Di Usia 28?

Wednesday, July 1, 2009

LONDON: Hasil penyelidikan mendapati wanita berasa paling yakin dan gembira dengan kehidupan cinta serta bentuk tubuh mereka pada usia 28 tahun.

Ia juga tempoh mereka menikmati hubungan seks paling baik dalam hidup tetapi kegembiraan tidak kekal lama kerana sebaik memasuki usia 30 tahun, wanita mula bimbang menjadi tua dan tumbuh uban serta kemunculan kedut.

Kajian yang dilakukan ke atas 4,000 wanita, mendedahkan bahawa “Segala-galanya dalam hidup mencapai kemuncak pada satu masa, menghampiri usia 30-an tidak terlalu teruk sebenarnya.”

“Usia 28 tahun dikenal pasti sebagai masa dalam kehidupan seorang wanita yang rambut mereka kelihatan paling cantik, bentuk tubuh menawan dan keyakinan berada pada paras tertinggi.

“Memiliki kerja, pendapatan mencukupi, menjalin hubungan dan persahabatan yang kukuh membantu mencipta saat paling sempurna dalam kehidupan apabila semuanya bersatu.”

Kini, mencecah dan melepasi usia 20-an tidak lagi mencetuskan kebimbangan mengenai penampilan dan keyakinan diri.

Tinjauan ke atas wanita berusia antara 25 dan 65 tahun mencatatkan pada usia berapa wanita paling selesa dalam 12 cabang utama kehidupan mereka.

Hasilnya, wanita paling gembira dalam karier pada usia 29 tahun dan paling berpuas hati dengan hubungan cinta setahun kemudian pada usia 30 walaupun menikmati hubungan seks paling baik pada usia 28 tahun.

Bagaimanapun, wanita paling berpuas hati dengan kedudukan kewangan pada usia 33 dan senang dengan rumah dan kehidupan berkeluarga pada usia 32 tahun.

Penyelidikan mendapati dua pertiga daripada wanita berasa lebih menjadi tua lebih cepat berbanding lelaki. - Agensi

P/S - Artikel diambil dari sini --> Dhiela Dot Com
Pssttt.. Siapa umur 28? Hiahaha.. Betulkah.. Mus adalah di umur 28 sekarang.. Nak kena pi kaji kejap.. Menarik artikel ni.. Sangat tertarik.. So, read it.. Kaji sedalam-dalamnya.. Kebahagiaan tiada noktahnya selagi kita tidak menoktahkannya..