Kueh Raya

Thursday, September 25, 2008

Pagi semua.. Dah tak sampai seminggu je lagi kita nak berhari raya.. Semua orang dah ready ke? Mus tengah berhempas-pulas la sekarang ni.. Hehe.. Minggu lepas baru lepas bersilat bagai kat dapur siapkan tempahan kueh raya.. Tak banyak, sikit jer.. Tapi cukupla buat penambah rezeki.. Syukur.. Tu pun, tak tidor malam.. Habes dikerah semua orang jadik pekerja sementara.. Nasibla ada Aminah.. Dalam manja-manja dia tuh, boleh juga diharap membantu kat dapur.. Tapi wajibla kasik upah.. Laju ja.. Haha.. Mus dah selesai satu bab, tinggal sekarang nak siapkan baju kurung orang je lagi.. Target dalam minggu ni nak siapkan semua then nak sambung buat kueh raya.. Aminah dah cebik-cebik dah, takut takda kueh raya.. Excited nak bawa pi sekolah kan.. Budak-budak.. Adik Mus yang lelaki tuh wajib nak balik hostel karang nak angkut berbalang-balang.. Mus siap bungkus asing pada dia.. Bukan apa, karang berebut bising kat rumah dengan Aminah.. Sorang nak itu, sorang nak ini.. Nasib baik adik Mus cuma dua sahaja.. Tak kalu, aiseh.. Roboh rumah.. Haha.. Dua tuh pun, kaki tangan ni tak larat nak cekau dah.. Moga-moga besar esok, derang jadik orang yang berguna.. Aminnn..

0 comments: