Biskut Y

Friday, September 26, 2008

Pagi tadi pas sahur Mak Mus dia tak tido dah.. Terus dia basuh baju dan sesambil tuh bakar Biskut Y nih.. Mus bangun nak pi kerja tengok dah siap dah satu adunan.. Katanya nak buat lagi satu adunan, nampak sikit je satu adunan.. Karang Achik balik, diangkutnyer ke hostel.. Kami tinggal serbuk jer.. Tengok, Mak Mus tuh.. Dah disuruh tunggu karang malam ni Mus cuti bangun sahur Mus boleh tolong, buat sesama.. Tak mahu katanya.. Nak siapkan biskut dia dulu, karang turn biskut moden Mus pulak.. Dah tuh.. Mak nyer tak reti duk diam, macam mana anak nan seorang ni nak diam? Haha.. Mesti ikut la tak banyak sikit perangai Parents kan.. Kagum kan tengok Mak kita semua.. Sambil buat satu kerja boleh sesambil buat bermacam-macam kerja.. Sesambil bakar biskut, Mak basuh baju, gerak 3 orang yang liat nak bangun pagi ni pulak.. Jerit panggil.. Haha.. Then sementara biskut nak masak, basuh pinggan, kemas dapur, sapu rumah.. Turunkan langsir rumah nak basuh.. Fuh.. Tegar kan? Mus tak tahu la.. Andai esok Mus dah berumah-tangga, mampukah Mus jadi macam Mak Mus? Ermmm.. Kuat kan? Mesti semua orang yang bergelar Ibu pun macam ni sebuk dia kan? Andai kata ada helper a.k.a maid, ringan la sikit kan.. Andai tiada, macam Mak Mus tuh? Fuh.. Kagum! Doa-doa esok-esok ni Mus pun boleh sehebat Mak.. Berangan! Aminnn..

2 comments:

viruspadu said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Dari vp, laloque dan An-Nisa

Mrs. Fedex said...

Selamat Hari Raya Kak VP sekeluarga..
Maaf Zahir Batin..