Baju Kurung Hijau

Friday, July 11, 2008

Baju kurung hijau nih Mus dah siap kan 2 hari lepas rasanya.. Kali ni baju Shahera, adik Mr. Fedex.. Kain hijau ni ala-ala songket bunga tabur capnya.. Tapi kain baju ni tak berapa elok sebab dia cepat pecah.. Tapi mesti ramai orang pakai tahun ni kan.. Ala-ala glamour kain ni Mus tengok.. Kat Kamdar pun banyak juga.. Macam-macam kaler.. Ni first time Mus potong baju yang ada kaki.. Masa tengah potong tuh berdoa bagai.. Bismillah jangan katala entah tak terkira.. Bukan apa, kerana kaki baju ni nak kena bagi sama kan, kang tunggang-langgang tak cantik kan.. Akhirnya masa jahit, berjaya gak Mus dapat kan kaki baju tuh sebaris.. Fuh.. Berpeluh.. Haha.. Tu la, amatur kan.. Yang pasti kena yakin baru berjaya.. Betui kan? Then, last sekali baru memata lalat leher.. This time baru Mus betui.. Cik Seri, tengok tuh.. Mata lalat kan? Last time tuh Mus silap pusing, dia jadik karipap bukan mata lalat.. Secara tak langsung dah belajar dua jenis kemasan leher.. Haha.. Karipap dan mata lalat.. Baju kurung Aminah dah siap juga semalam tapi nak hantar sulam dulu nanti baru interprem.. Aminah dah syiok-syiok baju raya dia siap awal tahun nih.. Siap try-try bagai.. Budak-budak mesti excited kan.. Haha.. Mak budak pun excited kalau baju baru kan? Kan? Kan?

0 comments: