Sirih Junjung

Monday, March 17, 2008

Sirih junjung.. Sirih junjung ni kalu refer kepada orang tua banyak pantang larangnya.. Tak boleh orang yang kita tak tahu latar belakangnya, kena orang yang kalu kahwin mestila satu suami je, yakni setia.. Hehe.. Perlu juga yang elok budi pekerti sopan santun bagai.. Family Mus memang sangat pentingkan adat-adat ni semua.. Mus sebagai anak ni ikut je la.. So, kerana nak elak dari semua tuh, Mus buat sendiri sirih junjung ni.. First time Mus buat tau, naseb baik jadik elok.. Abah dengan Mak jadik tukang penasihat.. Mus tengok2 majalah lama dan mix & match apa-apa yang patut.. Syukur le tak banyak halangan, jadik elok je.. Tambah kan, tepak sirih Mr. Fedex pun Mus yang buatkan.. LOL Tepak sirih kepunyaan Tok Mus, dia kilatkan dan Mus penuhkan semua barang kat tepak tuh, then dia angkut balik dan bawa masa hari kenduri jer.. Haha.. Takyah susah2 fikir kan.. Mak dengan Abah ni memang jadik penasihat sepanjang masa, tak nak la belakangkan derang sebab derangla yang paling happy kan.. Mus sepanjang hari senyum je tau sampai petang tuh cramp pipi.. Banyak senyum, tatau nak buat apa bila orang asyik pandang.. Haha.. Tuh ikut nasihat Abg Dino, senyum selalu.. Haha..

0 comments: